Coretan

Coretan Ilham Arya Aldamia


Episod 1

Krik. Krikik. Suasana malam yang damai diselangi dengan bunyi cengkerik serta unggas-unggas yang bersahut-sahutan. Deruan angin yang sepoi-sepoi menenangkan perasaan dan jiwa Zara. Sungguh tenang. Opps! Hampir terlupa. Zara Alisha, nama yang secantik wajahnya. Wajahnya yang seiras-iras pelakon Bollywood, Kajol dalam filem Kuch-kuch Hota Hai, hidungnya yang mancung, anak matanya yang berwarna Hazel, kulitnya yang sawo matang. Setiap manusia mempunyai kekurangan dan kelemahan, termasuk Zara yang mempunyai sepasang anak mata yang sangat cantik, tetapi malangnya, Zara buta. Zara kehilangan penglihatannya sejak dia berumur 20 tahun. Setelah mengharungi kehidupan yang indah selama 20 tahun, kebahagiaannya diragut semenjak kemalangan yang menimpa keluarganya dan dirinya sewaktu mereka dalam perjalanan untuk pergi bercuti di Cameron Highland. Villa Aldamia Rose. Villa kepunyaan Datuk Hashim dan Datin Azura, kedua orang tua Zara yang sudah meninggal akibat kemalangan tersebut. Kini, Zara sendirian tinggal di villa tersebut bersama-sama beberapa orang pembantunya. Zara tidak lagi kembali ke banglo milik keluarganya di Kuala Lumpur, ini kerana Zara tidak sanggup berhadapan dengan dunia yang penuh dengan cabaran bagi insan sepertinya. Perniagaan ayahnya dikendalikan oleh abang-abangnya, Zahrel Akmal dan Zariq Asfar. Zahrel dan Zariq belum lagi mendirikan rumah tangga disebabkan ingin menjaga Zara, adik mereka yang sudah hilang daya penglihatannya. Mereka ingin bersama-sama mengharungi kesedihan yang dilalui oleh adik kesayangan mereka, Zara.

Panjang betul pengenalan, belum sampai lagi ke isinya. Hehehe~. Kisah ini bermula sejak Zara dipujuk abangnya, Zahrel, kembali ke banglo milik kedua orang tuanya di Kuala Lumpur. Pada mulanya, Zara tidak bersetuju kerana tidak mahu menyusahkan kedua orang abangnya. Kesibukan mereka yang berpanjangan di pejabat tidak menyenangkan hati Zara yang terasa dia akan menjadi beban sahaja sekiranya dia tinggal di sana. Tetapi abangnya berkeras untuk membawa Zara untuk tinggal bersama-sama dengan mereka.
“Itu tidak menjadi masalah, Kak Sal dan Mak Cik Milah kan ada. Zara tak perlu bimbang, Zara adik kitorang, bukannya beban bagi kami. Kami yang harus menjaga Zara lagi-lagi dalam keadaan Zara macam ni.”
“Tapi bang, Zara tak nak menyusahkan abang Zahrel dan Abang Zariq. Abang pun ada kehidupan abang jugak. Takkanlah abang nak jaga Zara sampai bila-bila?” sayu hati Zara berbicara.
“Dah. Dah. Muktamad. Zara akan ikut abang balik. Kak Sal, kemaskan barang keperluan Zara, kita balik petang ni jugak!” arah Zariq kepada pembantu rumahnya.
“Abang… Zara janji, Zara takkan susahkan abang nanti.” janji Zara kepada abang-abangnya.
“Zara, jangan cakap macam tu, Zara kan adik abang.” sebak hati Zahrel mendengar kata-kata Zara sebentar tadi.

Setibanya di rumah, Zara tiba-tiba menjadi sebak setelah kakinya melangkah masuk ke dalam rumah milik orang tuanya itu. Haruman di dalam rumah tersebut menusuk jiwanya, mengimbas kembali kenangannya bersama keluarga mereka yang suatu dulu sungguh bahagia. Zati Atiqa, kakaknya, tidak lagi kembali ke rumah, semenjak kemalangan yang menimpa Zara dan kedua orang tuanya. Bagi Zati, Zara adalah penyebab kematian kedua orang tuanya. Itu adalah salah satu penyebab mengapa Zara tidak lagi kembali ke rumah tersebut. Bimbang kakaknya akan menghalaunya sekiranya dia kembali ke situ.
“Rumah kita tak berubah ya bang?” Tanya Zara kepada abangnya. Terukir senyuman hambar di wajahnya.
“Ya, takkan pernah berubah. Inilah kenangan kita bersama, Zara.” Balas abangnya.
“Abang, Kak Zati mana?”
“Oh, Zati…” Zahrel berpandangan dengan Zariq.
“Ya bang, mana Kak Zati. Dia masih marahkan Zara ker?”
Zahrel mengisyaratkan Zariq supaya tidak menyatakan perkara yang sebenar kepada Zara.
“Zati, dia menyambung pelajarannya. Dah setahun dah Zati kat sana. Takde lah, Zara, Zati tu, lembut hati orang nya, Zati tak marahkan Zara lagi dah.” Zariq cuba menenangkan hati Zara.
“Oh, alhamdullillah. Zara inginlah nak berjumpa dengan Kak Zati. Bila dia balik bang?” senyuman yang hambar bertukar menjadi senyuman yang paling manis setelah dia mendengar yang kakaknya tidak lagi berjauh hati dengannya.
“Mungkin bulan depan. Dia dah nak tamat pengajian. So, abang suruh dia sambung belajar kat sini jer. Lagipun, kat sana, takder orang yang dapat jaga dia.” Balas Zariq lagi.
Tiba-tiba, hati zara menjadi sebak lagi.
“Kalaulah Zara… tak buta… Zara pun nak sambung belajar macam Kak Zati jugak.” Zara mengeluh.
“Tak baik cakap macam tu Zara. Ini adalah takdir Allah. Kita tak boleh mengeluh ataupun menolak kejadian alam. Ini Qada’ dan Qadar Zara.” Nasihat Zahrel kepada adiknya. Di dalam hatinya, Allah sahaja yang tahu setelah mendengar kata-kata adiknya itu.
“Yalah, Ibu pun ada pesan macam tu. Hidup ni Qada’ dan Qadar. Itulah ketentuan Allah S.W.T. Apalah Zara nie. Hehehe..” Zara cuba menenangkan perasaannya kembali.
“Dah. Dah. Zara pergilah berehat. Mesti penatkan?” Zariq yang sedari tadi berdiam, bersuara.
“Kak Sal, tolong temankan Zara naik ke bilik. Barang-barang ni, saya akan bawa naik kejap lagi.”
“Baik Encik.” Jawab Kak Sal.


No comments: